Rumah dimana Rasulullah S.A.W. dilahirkan
berdekatan dengan safa dan marwah
Gua Hira tempat Rasulullah S.A.W. menerima wahyu pertama
Gua Thur tempat Rasulullah S.A.W. bersembunyi
bersama Abu Bakar as Sidik
Mihraab Rasul Masjid Nabawi Medinah
Petikan dari buku Syama’il Muhammadiah
susunan Imam at-Tirmidzi
Hadith 1:
Jabir bin
Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku melihat
Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu,
Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih
berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”
(HR
at-Tirmidzi)
Hadith 2:
Anas bin
Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah
bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya)
tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu
kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul
pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia
enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di
kepala dan janggutnya.”
(HR
al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)
Hadith 3:
Anas bin
Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah
adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah,
bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus.
Warna kulit Baginda putih kemerahan. Jika berjalan, pergerakannya
condong ke hadapan.”
(HR
al-Bukhari dan at-Tirmidzi)
Hadith 4:
Al-Bara’ bin
`Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah
merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan
tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang).
Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila
Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun
yang lebih tampan daripadanya.”
(HR
at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Hadith 5:
Al-Bara’ bin
`Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku tidak
pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga
(antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah,
yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang
mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu Baginda bidang.
Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.”
(HR Muslim,
Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
Hadith 6:
Ali bin Abi
Talib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah
tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal
(dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendi besar.
Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila
Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun
dari tempat yang tinggi. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding
dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda
meninggal dunia)”
(HR
at-Tirmidzi)
Hadith 7:
Ali bin Abi
Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi
wasallam:
Rasulullah
tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh
sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan
tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk,
bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.
Kulitnya
putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik.
Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada
bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat.
Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.
Apabila
Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan
kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.
Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh
badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah,
iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang
hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling
jujur.
Manusia yang
perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang
melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan
kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan
mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan
berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada
sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”
(HR
at-Tirmidzi)
Hadith 8:
Hasan bin Ali
berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang
bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah).
Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah.
Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah
kerana aku mahu mencontohi Baginda. Inilah yang dikisahkan oleh Hind:
“Rasulullah
adalah seorang lelaki yang berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan
rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda lebih tinggi daripada
orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi.
Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).
Rambutnya
beralun. Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat
belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai
cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan
rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga). Warna kulitnya
putih kemerah-merahan.
Dahinya luas.
Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah.
Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika
sedang marah. Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya
yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka
hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).
Janggutnya
tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang,
namun teratur rapi. Bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan
kuat.
Bentuk
tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata.
Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar.
bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.
Dari pangkal
leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan. Kedua-dua
puting susu dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas
berbulu halus.
Kedua-dua
ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak
tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya
(bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga
air tidak melekat di kulit kakinya.
Apabila
Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda
melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`. Jika
Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari
tempat yang tinggi. Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua
bahunya serentak.
Pandangan
matanya terarah ke bawah. Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi
lebih lama daripada memandang ke langit.
Apabila ada
sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila
bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.”
(HR
at-Tirmidzi)
Kata-kata para sahabat yang pernah melihat
baginda S. A. W.
1.. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak
Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
2.. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa
seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
3.. Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinaran
bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa
Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
4.. Rasulullah s.a.w. seumpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah s.a.w.
5.. Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya
bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda
sedang gembira.
6.. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan
terpesona
7.. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada
bulat
8.. Wajahnya seperti cahaya bulan purnama
9.. Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di
tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas
semasa marah.
10.. Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
11.. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas
kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
12.. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri,
kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
13.. Mulut baginda sederhana luas dan cantik
14.. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun,
renggang di bahagian depan.
15.. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari
giginya
16.. Janggutnya penuh dan tebal menawan
17.. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik
eperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
18.. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
19.. Rambutnya sedikit ikal
20.. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal
telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
21.. Rambutnya terbelah di tengah
22.. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan
rambut menganjur dari dada ke pusat
23.. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang
antara kedua bahunya lebih daripada biasa
24.. Seimbang antara kedua bahunya
25.. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya,
jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
26.. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang
tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan
Rasulullah saw.
Rasulullah saw.
27.. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya
berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu
sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
28.. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat
tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
29.. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
30.. Warna kulitnya cerah dan segar
31.. Kulitnya putih lagi bercahaya
32.. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar
dan kukuh
33.. Badannya tidak gemuk
34.. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil
tapi berukuran sederhana lagi kacak
35.. Perutnya tidak buncit
36.. Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di
kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka