Ada banyak perkara yang
tidak boleh kita lakukan dalam perancangan masa hadapan. Salah satunya
menyesali perkara yang telah lepas. Jika kita kenangkan juga, kita akan rasa
banyak kecacatan dan penyesalan dalam diri dan suara hati kita akan berkata
'sepatutnya aku buat macam ni, bukan macam tu'...
Prinsip "sepatutnya kita perlu buat macam ni atau macam tu" adalah untuk perancangan masa hadapan dan bukannya perancangan masa lampau. Jangan toleh ke belakang lagi, sebaliknya pandanglah ke hadapan.
Cuba buat satu perkara yang hebat dan boleh memanfaatkan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, bangsa kita, negara kita dan agama kita. Mula dari kita dahulu, tidak usahlah bercita-cita terlalu tinggi kerana niat yang baik biasanya bermula dari cita-cita kecil yang disasarkan kepada cita-cita yang lebih besar.
Jangan berada pada tapak yang lama kerana orang lain terutamanya kawan-kawan kita sudah maju ke hadapan. Kita masih melihat kawan-kawan kita dan tidak mahu juga bergerak, masih mengenang kisah lama, kisah purba, zaman gemilang kita yang sudah hilang, masih lagi meletakkan khayalan yang tidak berpijak ke bumi.

sumber: poknik