Kepribadian:
1. Jangan membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, kita tidak tahu apa perjalanan mereka sebenarnya.
2. Jangan mempunyai fikiran negatif terhadap perkara-perkara yang kita tidak boleh tangani.
Sebaliknya, laburkan tenaga kita kepada perkara-perkara positif.
3. Jangan berlebihan; menjaga batas-batas kita.
4. Jangan menganggap diri kita terlalu serius, orang lain juga begitu
5. Jangan buang tenaga yang berharga kita pada gosip
6. Mimpi lebih apabila kita terjaga
7. Cemburu adalah membuang masa. Kita sudah memiliki semua yang kita perlukan ...
8. Lupakan masalah masa lalu, terutama kesalahan pasangan kita. Mengingatinya merosakkan kebahagiaan kita kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci siapapun. Jangan membenci orang lain.
10. Berdamai dengan masa lalu kita sehingga tidak akan merosakkan masa kini.
11. Tiada siapa pun yang bertanggung jawab kepada kebahagiaan kita kecuali kita sendiri.
12. Menyedari bahawa hidup adalah sekolah dan kita berada di sini untuk belajar.
Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang muncul dan beransur hilang seperti kelas algebra, tapi pelajaran yang kita pelajari akan berlangsung seumur hidup.
13. Senyum dan ketawa lebih banyak. [dalam keadaan yang betul, kalau tidak orang kata kita tidak siuman]
14. Kita tidak perlu menang setiap hujah, bersetuju untuk tidak bersetuju.
Komuniti:
15. Kerap hubungi keluarga kita.
16. Setiap hari memberi sesuatu yang baik kepada orang lain.
17. Maafkan semua orang untuk segalanya.
18. Luangkan masa dengan orang-orang yang berusia 70 & di bawah usia 6 tahun.
19. Cubalah untuk membuat sekurang-kurangnya tiga orang senyum setiap hari.
20. Apa yang orang lain fikirkan tentang kita adalah bukan urusan kita.
21. Pekerjaan/tugas kita tidak akan merawat kita ketika sakit. Keluarga dan rakan-rakan kita juga yang akan megunjungi kita, jangan abaikan mereka.
Wallahu'alam