to date

Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source



MAKAM RASUL-RASUL

KALIMAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W. SEBELUM WAFAT

Rasulullah s.a.w kekasih Allah wafat ditangisi oleh makhluk seluruh alam. Semua umat Islam cintakan baginda. Namun apa yang selama ini telah dikisahkan kepada kita yakni kisah wafatnya Nabi dengan menyebut kalimah terakhirnya “Ummati, ummati, ummati” yang membawa maksud “Umatku, umatku, umatku” adalah tidak tepat. Baginda ada menyebutnya tetapi bukan kalimah terakhir; saya pernah mengikuti kuliah Datuk Abu Hasan Din alhfiz,  Rasulullah s.a.w. menyebutnya “ummati, ummati, ummati” pada mula baginda gering beberapa kali. Kalimah terakhir baginda sebenarnya: “Allahumma Fi Al Rafiqul ‘Alaa” Mafhumnya: Ya Allah pada Teman yang Maha Tinggi.

 Dalam hadis sahih Nabi s.a.w menyebut semasa hendak wafat: ALLAHUMMA FI AL-RAFIQUL-‘ALAA (Sahih al-Bukhari dll). Tiada riwayat yang sahih menyatakan baginda semasa hendak wafat menyebut ummati! ummati!. Perkataan ummati! ummati disebut dalam hadis-hadis bukan semasa baginda hendak wafat.


(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah s.a.w dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQUL-‘ALAA  (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI) - Bukhari

“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi. Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut. Baginda menyedarinya.
“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda s.a.w.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega. Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga. Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Aishah merajuk. Nabi s.a.w ketawa. Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH
Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang. Kesakitan itu memuncak semasa Nabi s.a.w memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah r.a. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi menempah sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda s.a.w bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ‘sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri. Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah. Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah s.a.w meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah r.a: Tatkala Baginda s.a.w gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda s.a.w, Fatimah r.a datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah s.a.w.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda s.a.w dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya. Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Anakanda itu menangis. Kemudian Baginda s.a.w membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya. Fatimah ketawa. Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah r.a bertanya, “Apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?” Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah s.a.w!”

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda s.a.w, Aisyah r.a mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu?”

Kata Fatimah, “Sekarang, aku akan memberitahunya! Baginda s.a.w berbisik kepadaku dengan berkata: Sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan Al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!” Aku menangis…”

“Kemudian Baginda s.a.w berbisik lagi kepadaku dengan berkata: Apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!, aku ketawa”, sambung Fatimah.

Sesungguhnya Fatimah r.a benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda s.a.w. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah, Rasulullah s.a.w!

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya turun menemui Rasulullah s.a.w. dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah s.a.w. dengan lemah lembut.

Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah s.a.w. tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah S.W.T.. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah s.a.w., Malaikat Maut itupun berkata:

"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Akhirnya Rasulullah s.a.w. mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"

Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."

Lalu Rasulullah s.a.w. menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."

Rasulullah s.a.w. pun menjawab: "Wa’alaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."

Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggalkan dia di langit dunia."

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah s.a.w. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. :"Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"

Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda s.a.w. bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah s.a.w.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w., siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Aisyah menceritakan: Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w mendepani kematian Baginda. Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda s.a.w semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Tahulah kami, Baginda s.a.w telah menyempurnakan pilihannya itu. Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah s.a.w rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda s.a.w berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda s.a.w bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakar dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda s.a.w merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda s.a.w mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh. Air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah s.a.w di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda s.a.w mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda s.a.w mengangkat jari kirinya ke langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! (Allahumma fi Rafiqul ‘Alaa)

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah s.a.w. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka seorang rasul, yang sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana. Leher Baginda s.a.w terkulai di dada Aisyah. Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah wafat. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

Berkata Aisyah r.a: Adalah akhir kalimah yang diucapkan oleh Nabi s.a.w ialah “Allahumma fi Rafiqul ‘Alaa” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

sumber: sirah rasul dan beberapa kuliah.

Wallahu’alam

Bersabar Menghadapi Musibah

Banjir di Kemaman 2013


Sedia dan Bersabar Menghadapi  Musibah

Kematian, kemalangan atau kegagalan, kebakaran, ribut taufan, banjir dan gempa bumi.
Semua berlaku dengan kehendak Allah Taala yang pasti ada sebab dan hikmahnya.
 
Banjir di Kuantan 2013
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali. “
Surah al Baqarah 155-156

Kewajipan insaf dan bermuhasabah daripada musibah. Bertadharru’ dan kembali kepada Allah
mungkin… AMARAN Allah Taala kerana maksiat yang dilakukan bertaubat, beristighfar, baiki kehidupan. Menuju kejalan lurus.
Sifat buruk umat terdahulu:
Tidak insaf di atas musibah yang berlaku
Tidak bersyukur apabila musibah berlalu
Percaya bahawa malapetaka yang menimpa hanya fenomena/putaran alam
 
Laut bergelora
"Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur). Setelah (Mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana Yang kita rasakan)". lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya." Surah al ‘Araaf  94-95
 
Kemalangan jalan raya di Kedah
Limpahan berkat dan nikmat di atas musibah yang berlaku
APABILA.. Kita insaf dan mengukuhkan keimanan serta bertakwa kepadaNya
Hendaklah mengambil sikap positif di atas ujian musibah
Azab Allah Taala ke atas sesiapa yang mendustai ketentuanNya .

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.”  Al  ‘Araaf 96
 
Jalan Kuantan - Segamat
Musibah perlu dianggap ujian dan amaran dari Allah Taala
Musibah yang menimpa pada hari ini, belum lagi pada tahap akhir iaitu azab siksa
Bersyukurlah kepada Allah Taala di atas kemajuan dan kemakmuran

Antara langkah untuk mempertingkatkan ketaatan kepadaNya:
·         Seruan azan hendaklah dihormati dan disahut
·         Masjid dan surau hendaklah diimarahkan
·         Datang awal ke masjid
·         Berazam untuk solat berjemaah lima waktu di masjid/musolla
·         Dengar dan ambil pengajaran daripada takzirah yang disampaikan
·         Hadapi musibah sebagai ujian daripada Allah Taala, BUKAN kebetulan atau putaran alam
·         Anggaplah ia sebagai ingatan dan amaran, sebagai proses untuk mengembalikan kita kepada  Fitrah
·         Hamba yang taat dan mengimarahkan bumi dengan berpandukan syariat Allah Taala
·         Tingkatkan kesabaran dan usaha dalam mengatasi musibah


Sumber: Masjid Sultan Ismail
Dunia


The more we focus on the dunya, the more our matters become scattered. The more we run after the dunya, the more it runs away from us. The more we chase wealth, ironically, the more poverty we feel. If money is the focus, you will find that no matter how much money you have, you will always fear losing it. This preoccupation is poverty itself. That is why the Prophet ï·º says about such people that poverty is always in front of their eyes. That is all they see. No matter how much they have, there is no contentment, only greed for more and fear of loss. But, for the ones who focus on Allah, the dunya comes to them, and Allah puts contentment in their hearts. Even if they have less, they feel rich, and are more willing to give from that wealth. 



Lebih banyak kita memberi tumpuan kepada dunia, lebih banyak perkara-perkara kita menjadi bertaburan. makin banyak kita kejar  dunia, semakin ia melarikan diri dari kita. Makin banyak kita mengejar kebendaan, ironinya,  semakin kita merasa tidak mencukupi. Jika wang jadi keutamaan, kita akan merasa takut dan risau kehilangannya. Keasyikan ini adalah kemiskinan itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah ï·º berkata tentang orang-orang seperti  ini, bahawa kemiskinan adalah sentiasa di hadapan mata mereka. Itu sahaja yang mereka lihat. Tidak kira berapa banyak yang mereka ada, tidak ada kepuasan, hanya tamak untuk lebih takut kehilangan. Tetapi, bagi orang-orang yang memberi tumpuan kepada Allah, dunia datang kepada mereka, dan Allah memberikan kepuasan dalam hati mereka. Walaupun mereka mempunyai kekurangan, mereka merasa kaya, dan lebih bersedia untuk memberi daripada kekayaan itu.

TANDA-TANDA QIAMAT


1. Penaklukan Baitulmuqaddis 
2. Negara Arab (kembali) menjadi padang rumput dan sungai 
3. Zina bermaharajalela, 
4. Ramai wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
5. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
6. Akan terdapat ramai anak luar nikah. 
7. Pemimpin yang terdiri dari orang yang keji, jahil dan fasik, 
8. Orang (yang bodoh dan) hina mendapat kedudukan terhormat
9. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
10. Penguasa undang-undang semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan 
11.  Penjualan jawatan atau kepemimpinan
12.  Munculnya gayahidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
13.  Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
14. Bermaharajalela alat muzik
15. Menghias masjid (dengan indah) dan membanggakannya
16. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
17. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
18. Ramai orang soleh meninggal dunia
19. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
20. Orang akan membina hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
21. Bulan sabit kelihatan besar
22. Banyak dusta, tidak tepat dalam menyampaikan berita, 
23. Sifat bohong menjadi satu kebiasaan 
24. Saksi palsu
25. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat
26. Berkurangnya sifat amanah
27. Orang akan melakukan hubungan sejenis.
28. Terasa berat untuk menjalankan syariah 
29. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
30. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
31. Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
32. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
33. Isteri membantu suamiya berdagang (atau berpangkat lebih besar)
34. Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
35. Memandang rendah kepada darah (pertumpahan darah)
36. Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan 
37. Banyaknya berlaku gempa bumi
38. Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
39. Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
40. Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
41. Masjid dijadikan jalan (laluan) - iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat (atau dijadikan Muzium untuk lawatan pelancong).


Indahnya Rupa Fizikal Rasulullah



      Rumah dimana Rasulullah S.A.W. dilahirkan
            berdekatan dengan safa dan marwah


                              Gua Hira tempat Rasulullah S.A.W. menerima wahyu pertama


                                                                            Gua Thur tempat Rasulullah S.A.W. bersembunyi
                                                         bersama Abu Bakar as Sidik


                                                Mihraab Rasul Masjid Nabawi Medinah


Petikan dari buku Syama’il Muhammadiah
susunan  Imam at-Tirmidzi

Hadith 1:
Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”
(HR at-Tirmidzi)

Hadith 2:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus.  Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun.  Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.”
(HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)

Hadith 3:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus.  Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus.  Warna kulit Baginda putih kemerahan.  Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.”
(HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)

Hadith 4:
Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang).  Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya.  Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.”
(HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Hadith 5:
Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah.  Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya.  Kedua-dua belah bahu Baginda bidang.  Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.”
(HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

Hadith 6:
Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah.  Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut.  Kepalanya besar, tulang sendi besar.  Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya.  Apabila Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi.  Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal dunia)”
(HR at-Tirmidzi)

Hadith 7:
Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek.  Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya.  Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun.  Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.
Kulitnya putih kemerah-merahan.  Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik.  Tulang sendinya gagah, bahunya bidang.  Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat.  Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.
Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.  Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling).  Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi.  Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah.  Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.
Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan.  Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya.  Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya.  Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”
(HR at-Tirmidzi)

Hadith 8:
Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah).  Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah.  Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda.  Inilah yang dikisahkan oleh Hind:
“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa.  Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari.  Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi.  Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).
Rambutnya beralun.  Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua.  Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu.  Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga).  Warna kulitnya putih kemerah-merahan.
Dahinya luas.  Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah.  Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah.  Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).
Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar.  Giginya agak jarang, namun teratur rapi.  Bulu dadanya halus.  Lehernya indah, tegak dan kuat.
Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata.  Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar.  bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.
Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan.  Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih.  Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.
Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar.  Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah.  Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.
Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan.  Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`.  Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.  Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.
Pandangan matanya terarah ke bawah.  Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.
Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya.  Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.”
(HR at-Tirmidzi)

Kata-kata para sahabat yang pernah melihat baginda S. A. W. 
1.. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
2.. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
3.. Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
4.. Rasulullah s.a.w. seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah s.a.w.
5.. Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
6.. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
7.. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
8.. Wajahnya seperti cahaya bulan purnama
9.. Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
10.. Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
11.. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
12.. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
13.. Mulut baginda sederhana luas dan cantik
14.. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
15.. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
16.. Janggutnya penuh dan tebal menawan
17.. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik eperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
18.. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
19.. Rambutnya sedikit ikal                       
20.. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
21.. Rambutnya terbelah di tengah
22.. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
23.. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
24.. Seimbang antara kedua bahunya
25.. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
26.. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan
Rasulullah saw.
27.. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
28.. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
29.. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
30.. Warna kulitnya cerah dan segar
31.. Kulitnya putih lagi bercahaya
32.. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
33.. Badannya tidak gemuk
34.. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
35.. Perutnya tidak buncit
36.. Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka