Banjir di Kemaman 2013 |
Sedia dan Bersabar Menghadapi Musibah
Kematian, kemalangan atau kegagalan, kebakaran,
ribut taufan, banjir dan gempa bumi.
Semua berlaku dengan kehendak Allah Taala
yang pasti ada sebab dan hikmahnya.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan,
dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu)
orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
"Sesungguhnya Kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
Kami kembali. “
Surah al Baqarah 155-156
Kewajipan insaf dan bermuhasabah daripada
musibah. Bertadharru’ dan kembali kepada Allah
mungkin… AMARAN Allah Taala kerana maksiat
yang dilakukan bertaubat, beristighfar, baiki kehidupan. Menuju kejalan lurus.
Sifat buruk umat terdahulu:
Tidak insaf di atas musibah yang berlaku
Tidak bersyukur apabila musibah berlalu
Percaya bahawa malapetaka yang menimpa
hanya fenomena/putaran alam
"Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya),
melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan
penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak
berlaku sombong takbur). Setelah (Mereka tidak juga insaf) Kami
gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta
senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang
kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana Yang kita
rasakan)". lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut,
dan mereka tidak menyedarinya." Surah al ‘Araaf 94-95
Limpahan berkat dan nikmat di atas musibah
yang berlaku
APABILA.. Kita insaf dan mengukuhkan
keimanan serta bertakwa kepadaNya
Hendaklah mengambil sikap positif di atas
ujian musibah
Azab Allah Taala ke atas sesiapa yang
mendustai ketentuanNya .
“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman
serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan
(Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang
mereka telah usahakan.” Al
‘Araaf 96
Musibah perlu dianggap ujian dan amaran
dari Allah Taala
Musibah yang menimpa pada hari ini, belum
lagi pada tahap akhir iaitu azab siksa
Bersyukurlah kepada Allah Taala di atas
kemajuan dan kemakmuran
Antara langkah untuk mempertingkatkan
ketaatan kepadaNya:
·
Seruan
azan hendaklah dihormati dan disahut
·
Masjid
dan surau hendaklah diimarahkan
·
Datang
awal ke masjid
·
Berazam
untuk solat berjemaah lima waktu di masjid/musolla
·
Dengar
dan ambil pengajaran daripada takzirah yang disampaikan
·
Hadapi
musibah sebagai ujian daripada Allah Taala, BUKAN kebetulan atau putaran alam
·
Anggaplah
ia sebagai ingatan dan amaran, sebagai proses untuk mengembalikan kita kepada Fitrah
·
Hamba
yang taat dan mengimarahkan bumi dengan berpandukan syariat Allah Taala
·
Tingkatkan
kesabaran dan usaha dalam mengatasi musibah
Sumber: Masjid Sultan Ismail