Solat Berjemaah
Sesungguhnya solat merupakan satu ibadat yang tidak
ternilai harganya.Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan ALLAH s.wt
memasuki syurgaNya.Kita merasa puas hati dan gembira apabila seorang yg
terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada
kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya
sebagai tugas kitalah supaya kekal mentaatinya. Di sini ALLAH s.w.t memberikan
jaminanNYa utk kebahagiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali
sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun. Kalau dengan inipun kita
tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang harus
dipersalahkan bagi menerima seksa yang menunggu kita.
Rasulullah bersabda, "Alangkah dicemburuinya
golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran;harta
kekayaannya ialah solat; seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg
diperolehinya;menyembah Tuhannya dengan penuh khusyu';hidup tanpa
disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai
harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak
mengkabunginya."
Dalam hadits lain Rasulullah s.a.w diberitakan sebagai
bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri
rahmat serta rahim oleh ALLAH s.w.t."
Abu Hurairah menceritakan, "Dua orang dari satu
qabilah datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk agama Islam serentak. Salah
seorang darinya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal
dunia setahun kemudiannya. Talhah bin Ubaidullah r.a berkata bahwa telah
melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam
Syurga dahulu dari simati syahid itu. Ini menakjubkannya. Daku tidak ingat sama
ada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah
s.a.w. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukankah orang yang
mati kemudian itu berpuasa sebulan Ramadhan lebih dan bukankah beliau telah
bersolat 6 ribu rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah si
syahid itu mati?"
Sesungguhnya kita tidak tahu berapa besar nilainya solat
itu. Rasulullah s.a.w kerap didengar bersabda, "Sejuk pandangan
mataku ialah di dalam bersolat." Ini adalah satu kenyataan betapa
kasihnya beliau terhadap solat. Demi itu apakah lagi yang lebih nilainya dari
solat.
Abu Qatasah r.a meceritakan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: "ALLAH berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima
kali solat sehari semalam bagi ummatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barang
siapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan
ke dalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam
perjanjian ini."
Adalah diriwayatkan di dalam sepotong hadiths lagi bahawa
"ALLAH s.w.t telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa
menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dan sembahyang pada ketika
masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, ALLAH s.w.t menjamin iaitu dia akan
memasuki syurga. Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini
baginya; dia mungkin diampun atau tidak."
Ibadat solat merupakan rukun islam yang wajib
diamalkan oleh setiap orang individu islam dalam kehidupan seharian. Ia nya
merupakan satu perintah Allah subhanahu wata’ala yang mesti dilakukan dengan
penuh keikhlasan. Solat juga mempunyai keistimewaan tersendiri, dari segi
keperdhuannya; ia difardhukan secara langsung daripada Allah subhanahu wata’ala
berbeza dengan amalan fardhu yang lain seperti puasa, zakat dan haji yang
difardhukan melalui wahyu Ilahi. Bahkan ia adalah ‘amalan yang pertama sekali
dihisab oleh Allah subhanahu wata’ala.
Seterusnya solat adalah sumber kejayaan, kesucian jiwa
dan kebahagian. Firman Allah dalam surah al’Ala ayat 14 dan
15: “Sesungguhnya berjayalah orang yang telah menerima peringatan itu
berusaha membersihkan dirinya [dengan ta’at dan ‘amal yang soleh] dan
menyebut-nyebut [dengan lidah dan hatinya] akan nama tuhannya serta mengerjakan
solat [dengan khusyu’]”.
Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan umatnya bahawa solat
adalah punca ketenangan sebagaimana sabda baginda, mafhumnya: “dan
dijadikan penyejuk mataku [ketenteraman jiwa] dalam melaksanakan solat.”
Ibadat solat merupakan sumber penawar yang paling
mujarab bagi seseorang hamba Allah, apabila menghadapi sebarang kesulitan dan
penyembuh dalam menghadapi masalah kesihatan fizikal dan mental. Solat ialah
cara untuk mendapat kesihatan yang baik. Gerak badan yang tersusun serta tertib
dalam solat, dapat meningkatkan daya prestasi tubuh. Jika senaman yang lain
melibatkan pergerakan anggota-anggota tubuh badan, namun solat melebihi
daripada itu kerana ia juga memerlukan pelakunya membacakan ayat-ayat alQuran,
zikir dan doa ketika pelakunya berada pada posisi tubuh serta gerakan badan
tertentu.
Ketika qiam [berdiri] perbuatan melipatkan tangan
merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua-dua
tangan, keadaan sebegini akan memberi kerehatan yang sepenuhnya kepada sendi
siku dan pergelangan tangan serta melancarkan aliran darah. Ia juga akan
menghindarkan penyakit masalah otot-otot dan sendi.
Amalan meluruskan tulang belakang ketika ruku’ dapat
menghindar dan menyembuh penyakit yang menyerang ruas-ruas tulang
belakang. Keadaan semasa bersujud bukan saja menjadikan otot-otot lebih
sihat dan kuat tetapi saluran-saluran darah juga akan melancarkannya [darah] ke
seluruh anggota badan. Selain itu, rongga dada bertmbah besar dan paru-paru
akan dapat berkembang dengan baik bagi menyedut udara bersih kedalamnya.
Keadaan ini akan mengurangkan kemungkinan untuk mendapat penyakit paru-paru
seperti batuk kering [TB] kerana rongga dada yang sempit dan tidak kuat boleh
menyumbang penyakit tersebut.
Ketika duduk antara dua sujud, kedua-dua tapak tangan
berada di atas peha dan kita meletakkan kedua-dua siku juga diatas peha sambil
jari-jari memegang hujung bahagian lutut. Pada kedudukan ini, tumit menekan
otot-otot pangkal peha yang besar dimana posisi ini dapat melancarkan edaran
darah kembali ke jantung. Di samping itu, posisi ini dapat mengelakkan penyakit
saraf pangkal peha.
Demikianlah beberapa contoh mengenai kebaikan solat
sebagai terapi hidup yang mampu menjadi penawar bagi segala penyakit. Beberapa
hikmah yang disebut tadi adalah sebahagian kecil yang terkandung dalam ibadat
solat, banyak lagi hikmah lain, namun ‘akal manusia tidak mampu mengetahui
semuanya.
Hikmah yang ada pada solat begitu banyak, selain
kita mematuhi perintah Allah swt, ia juga memberi memberi menafa’at
kepada jaminan kesihatan rohani dan jasmani yang lebih baik. Oleh itu kita
dituntut supaya melaksanakan solat dengan penuh khusyu’, tertib,
memelihara rukun-rukun dan sunat-sunat solat. dengan demikian, solat yang
dikerjakan akan menjadi sempurna dan diterima oleh Allah swt. Firmannya dalam
surah al-Mukminun ayat 1 dan 2, mafhumnya: “Sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya”.
Ketika mengerjakan solat kita dilarang lalai serta tidak
menyempurnakan rukun-rukunnya atau solat dengan acuh tak acuh – umpama batuk di
tangga. “dan mereka tidak mengerjakan solat melainkan secara
malas” surah Ataubat ayat 54. di antara kesempurnaan dalam
solat ialah menyempurnakan ruku’ dan sujud. Sabda rasulullah s.a.w.
mafhumnya: “tidak sempurna solat seseorang, sehinggalah dia meluruskan
belakangnya semasa ruku’ dan sujud.”
Manakala contoh acuh tak acuh dalam solat ialah melakukan
‘amalan sujud dengan bersahaja. Sedangkan sujud adalah rukun solat yang
menghendaki seseorang sujud melibatkan tujuh anggota sujud utama iaitu dahi,
kedua-dua belah tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki. Jangan kita
melaksanakan solat, khususnya semasa sujud dengan perlakuan yang main-main.
Rasulullah s.a.w. melarang sujud seperti patukan burung gagak. -
riwayat Abu Daud. solat juga hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang dan khusyu’
pada setiap gerakan tidak secara gopoh-gapah dan tergesa-gesa.
Solat boleh meringankan tekanan hidup dan membantu
mengatasi keadaan keluh-kesah atau dukacita. Solat juga sebagai punca
penyelesaian segala masalah yang melanda orang islam. Oleh itu di samping melaksanakan
solat fardhu, kita disarangkan mengerjakan solat sunat tertentu seperti solat
hajat, istikharah, tahajud, sejadah, dhuha, teraweh, witir dan
lain-lain. “dan mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan
mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyu’.” Surah al-Baqarah ayat 45.
Demikianlah seruan Allah swt kepada kita, agar kita
mencari pertolonganNya dengan bersolat. Justeru, solat merupakan terapi atau
penawar yang amat mujarab; dengan izin Allah, mampu mengubat segala
penyakit, insya’Allah. Seterusnya solat berupaya menyelesaikan segala kesusahan
yang menimpa umat islam kerana ianya mendekatkan diri seseorang dengan Allah
swt. Dengan solat seseorang itu sentiasa mengingati Allah swt. Berzikir
melalui solat dapat jaminan ketenteraman jiwa. “dan dirikanlah kamu akan
solat dan kelluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu bersama orang-orang yang
rukuk.” Surah a Taubat ayat 45.
wallahu'alam.