to date

Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source

MENGINGATI KEMATIAN

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI

Di antara hadith rasulullah:

1. Mengingat kematian dapat meleburkan dosa.
2. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri.
3. Orang yang cerdik ialah orang yang terbanyak mengingat kepada kematian.
4. Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat.


Ulama’ ada mengatakan, Kematian boleh melenyapkan kenikmatan yang dirasakan oleh mereka yang diselubungi oleh kenikmatan itu. Jesteru carilah kenikmatian yang tidak ada habisnya.

Mereka yang sentiasa berada dalam kemewahan keduniaan, sering tertipu oleh keindahannya, mengikut kehendak sendiri; harta benda besar, banglo besar, kereta besar, gaji besar, niaga besar, kerja besar, orang besar, cakap besar dan segala-galanya besar. Mereka in kerap terlupa hatinya mengingati kematian, bahkan mereka lupa terus dan tidak sama sekali ingat akan mati. Sungguh malang nasib mereka. Jika ada orang lain mengingatkannya, mereka akan lari dari nasihat yang baik itu dan ada yang membencinya.

“Katakanlah bahawa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahunya padamu semua apa-apa yang kamu lakukan” ~ Surah Al Jumu’ah ayat 8

Tiga keadaan manusia yang mengingati kematian:

1. Orang yang asyik dengan keduniaan. Mereka ini jarang sekali mengingati kematian, sesekali terlintas dalam kepalanya, mereka akan merasa bimbang, risau, takut yang amat sangat kerana harta benda dan berbagai perkara besar, cantik, mewah dan sebagainya akan ditinggalkanya begitu saja.
2. Orang yang bertaubat. Mereka ini sentiasa memperbanyakkan ingatan kepada kematian supaya timbul ketakutan dan ketaqwaan dalam diri mereka. Jesteru mereka akan dapat menyempurnakan taubat mereka dengan taubat nasuha dan mengharapkan Allah akan menerimanya, insya’ Allah.
3. Orang yang menyedari dan mengetahui. Mereka ini dengan jelas faham tentang kematian. Mereka telah, sedang dan akan terus menerus membuat persediaan untuk menghadapi kematian. Mereka tahu kematian pasti akan tiba dan saat tersebut merupakan saat bahagia bagi mereka kerana mereka akan bertemu Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Panduan mengingati kematian:

1. Ziarah kubur sanak saudara, sahabat handai dan muslim lain.
2. Ziarah kematian, doa ke atas mayat dan iringinya sehingga ke kubur.
3. Menghadiri majlis tahlil.
4. Membaca ayat-ayat alQuran dan Hadith mengenai kematian
5. Membaca, mendengar dan menuntun cerita-cerita mengenai kematian dan pembalasannya.
6. Menghadiri majlis ilmu mengenainya.
7. Menceritakan kisah-kisah keluarga yang telah kembali kepada sanak saudara.
8. Mengadakan majlis tahlil untuk keluarga, sahabat, jiran dan muslim lain yang telah kembali.

jikalau engkau berada diwaktu pagi, maka janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang dan jikalau engkau diwaktu petang, maka jangan menunggu datangnya waktu pagi. Ambillah kemenafaatan hidup mu ini untuk bekal kematian dan sewaktu kau masih sihat untuk bekal sakit mu.~hadith diriwayatkan oleh ibnu hibban.

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:
Masa muda mu sebelum datangnya masa tua mu
Masa sihat mu sebelum datang masa sakit mu
Masa kaya mu sebelum datangnya masa miskin mu
Masa lapang mu sebelum datangnya masa sibuk mu
Masa hidup mu sebelum datang masa mati mu
~ Hadith diriwayatkan oleh Baihaqi

Sesungguhnya Kami [Allah] menghitungnya itu dengan hitungan yang cermat sekali ~ Surah Mariam ayat 85

Kini marilah kita sama-sama muhasabah diri dimanakah kita berada dan terus berusaha demi kebaikan. Kita kerap terlalai untuk membuat kebaikan. Keindahan dan kemewahan duniawi membuat kita terpegun dan terikut-ikut dengannya. Jangan sekali-kali kita menangguhkan perkara-perkara yang baik dan ganti dengan benda-benda lain. Berusaha dengan yakin ke jalan Allah.