KERABAT LONG GAFFAR KELANTAN
Genealogy Kaitan dengan Raja-Raja Jawa
Maharaja Srimat Varma Deva - Raja Jawa [1233]
.. |
Raja Surendra - Maharaja Suran - Raja Jawa [1233-1253]
.. |
Raja Tilam [1253]
.. |
Raja Sakranta [1253-1257]
.. |
Sultan Mahmud Jiddah Raja Lankasuka & Kelantan [1335-1362]
.. |
Sultan Baki Shah - Raja Tanjungpura & Chermin
.. |
Puteri Selindung Bulan berkawin Sayyid Jamaluddin al Husain al Kubra
.. |
Sayyid Ali Nurul ‘Alam - Pateh Arya Gajah Mada [Majapahit]
.. |
Sultan Abu Abdullah Umdatuddin
.. |
Wan Abul Muzaffar @ Ahmad Waliyullah
.. |
Nik Mustafa – Sultan Abdul Hamid, Raja Sarwasadesa & Champa
.. |
Andi Ali [Pakih Ali]
.. |
Wan Nik [Dato' Wan Pattani]
.. |
Raja Wan Daim Raja Champa [1684-1692]
.. |
Long Nik – Datu Pujud/Raja Reman, Pattani
.. |
Long Gaffar – Raja Muda Reman
Salasilah Long Gaffar, menurut sejarah (legendanya) adalah berasal dari keturunan Maharaja Suran yang turun ke Bukit Seguntang Maha Miru, iaitu di Pagar Ruyung, Palembang Sumatera, Indonesia.
Keturunan berikutnya berpindah ke Kota Meulaboh, Aceh dan daripadanyalah bermula salasilah raja-raja Aceh, iaitu keturunan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, raja Aceh yang masyhur itu.
Salasilah Long Gaffar merujuk kepada beberapa orang ratu, datu ataupun raja, iaitu Ratu/Datu Kok Por [Ratu Kuripan], Ratu/Datu Lai Pelai [Molai] – pemegang Bomoh Balai Perasapan, Ratu/Datu Piak [Piyek], Ratu/Datu Raya Mengkuang, Ratu/Datu Long Nik Bendang Saring, Ratu/Datu Long Nik [Syed Hitam Tua] yang kemudian merajai Remang, sebuah daerah [Raman District] di Pattani Lama, Thailand dan dari perkahwinannya dengan Nang Cayang puteri Raja Reman melahirkan baginda Long Gaffar yang kemudiannya menjadi raja Kelantan.
Long Gaffar yang mempelopori pemerintahan beraja dan keturunannya di Kelantan yang sekaligus mendirikan kota sebagai pusat pemerintahannya di Limbat, Kota Bharu dan kemudian di Jeram, Pasir Puteh, diketahui hanya mempunyai tiga orang putera sahaja iaitu Long Seri, Long Jenal dan Tengku Selia.
Long Seri atau yang lebih dikenali sebagai Tengku Perdana Menteri, putera sulong Long Gaffar dan keturunan baginda sahaja yang mewarisi pemerintahan beraja dari kerabat Long Gaffar di Kelantan. Ianya dimulakan oleh Long Gaffar dan Long Seri sebagai pemerintah pertama dan kedua di Limbat dan kemudian diteruskan oleh Long Demor, Long Pandak dan Tengku Besar Tuan Ahmad sebagai pemerintah ketiga, keempat dan kelima di Jeram. Pada zaman raja yang terakhir inilah berlakunya penentangan terhadap Inggeris di Kelantan sehingga tercetusnya ‘Perang atau Musoh Tok Janggut’ pada tahun 1915 (29.4.1915) dan sekaligus telah melenyapkan pemerintahan beraja dari keturunan Long Gaffar di Kelantan.
Salasilah kerabat Long Gaffar di Kelantan [LG] kini agak kompleks kerana telah bercampur dengan ahli-ahli kerabat diraja lain yang pernah merajai Kelantan sejak dahulu hingga ke hari ini, saperti Kerabat Raja-raja Jembal [RJ], Kerabat Long Yunus [LY] dan bukan kerabat [BK]. Ini adalah di sebabkan oleh persemendaan atau perkahwinan di kalangan mereka dan ianya merupakan suatu keunikan pemerintahan di Kelantan. Namun begitu, jurai LG masih boleh dikesan dengan kerjasama ahli kerabat yang masih mengingati sejarahnya.
Rentetan dari itu, maka salasilah Kerabat Long Gaffar Kelantan kini, boleh dibahagikan kepada enam jurai keturunan berikut:
1. Keturunan dari sebelah ibu dan bapa, di mana kedua-dua belah pihak adalah dari keturunan long Gaffar, iaitu dikategorikan sebagai Kerabat 1 [K1].
2. Keturunan sebelah bapa, di mana ibunya samada dari keturunan Long Yunus
atau pun Raja Jembal, iaitu yang dikategorikan sebagai Kerabat 2 [K2].
3. Keturunan sebelah ibu, di mana bapanya samada dari keturunan Long Yunus
ataupun Raja Jembal, iaitu yang dikategorikan sebagai Kerabat 3 [K3].
4. Keturunan sebelah bapa, di mana ibunya bukan kerabat diraja (orang kebanya-
kan yang samada menggunakan gelaran diraja atau tidak saperti Tengku, Tuan, Raja, atau Nik, Wan dan seumpamanaya, iaitu yang dikategorikan sebagai Kerabat 4 [K4].
5. Keturunan sebelah bapa atau ibu yang tidak menggunakan gelaran Tengku, Raja, Nik, Wan dan sebagainya, iaitu sebagai Kerabat 5 [K5].
6. Keturunan sebelah ibu sahaja yang bapanya bukan kerabat diraja yang biasa-nya digelar Nik, Megat, Puteri, Wan, iaitu Kerabat 6 [K6].
LONG GAFFAR [mangkat 1793M] : Long Gaffar, raja Kelantan yang pertama mendirikan kota pemerintahannya di Limbat, Peringat, Kota Bharu pada tahun 1765 Masihi yang diketahui hanya mempunyai tiga orang putera sahaja, iaitu Long Seri, Long Jenal dan Tengku Selia. Menurut tradisi kesultanan Melayu yang memberi keutamaan kepada putera sulong, maka Long Seri yang bergelar Tengku Perdana Menteri sahaja yang berhak mewarisi tahta kerajaan dan sekaligus menggantikan ayahandanya Long Gaffar sebagai raja dan pemerintah kedua Kelantan. Kerajaan baginda berpusat di Kota Limbat yang kemudiannya diteruskan oleh generasi baginda sebagai raja-raja atau pemerintah-pemerintah berikutnya di Kota Jeram, Pasir Puteh.
Long Seri dikatakan mempunyai 19 orang anak [15 putera dan 4 puteri] – Ada riwayat mengatakan baginda mempunyai sampai 40 putera/puteri. Manakala Long Jenal, atau dikenali juga sebagai Long Besar atau Ku Limbat, hanya mempunyai seorang puteri sahaja. Manakala Tengku Selia tidak banyak diketahui. Kerabat Long Gaffar Kelantan yang bermula dengan Long Seri, Long Jenal dan Tengku Selia sehingga punya ramai anak cucu keturunannya sehingga sekarang ada di merata tempat seluruh negara. Pertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan telah diwujudkan dan pejabatnya di Machang Kelantan.